KHAMIS 13 November 2025 – Program Solat Hajat dan Bacaan Yassin khas untuk calon-calon peperiksaan SPM telah diadakan di Surau Balai Islam Taman Ixora selepas solat maghrib.
Seramai 31 calon SPM anak kariah Taman Ixora telah dikenal pasti dan penyampaian cenderahati kepada calon-calon SPM ini telah diadakan selepas Majlis Bacaan Yassin.
Semoga anak-anak kariah Taman Ixora dipermudahkan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

