Sejarah Penubuhan

Surau Balai Islam Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang telah mula beroperasi dengan solat fardu Maghrib berjemaah pada hari Khamis, 7 Jun 2012 bersamaan 18 Rejab 1433 dan dirasmikan oleh Y.D.M Tengku Dato’ Dr. Jamaluddin Bin Tengku Mahmud Shah Alhaj, Orang Kaya Maha Bijaya Daerah Sepang pada hari Sabtu, 15 September 2012 bersaman 29 Syawal 1433.

Berikut adalah kronologi pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora:

TARIKHPERISTIWAKETERANGAN
12 FEB 2009Dialog Wakil Persatuan Penduduk Bersama Timbalan Yang DiPertua MPSpTYDP memaklumkan 0.5 ekar tanah untuk tapak pembinaan dewan serbaguna, 0.5 ekar tanah untuk tapak pembinaan surau dan 0.24 ekar tanah untuk tapak pembinaan tadika telah diperuntukkan oleh pemaju di Taman Ixora. MPSp akan memohon peruntukan daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk pembinaan dewan serbaguna di Taman Ixora pada tahun 2010.
1 MAC 2009Perbincangan Pertama Bersama Pemaju Taman IxoraJawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Ixora diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan seorang AJK telah mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak pemaju iaitu Pengarah Pembangunan Dan Hartanah Getrahome (En. Zulkafli Bin Hj. Shahar).

11 FEB 2010Permohonan Pembinaan Surau kepada Jabatan Agama Islam SelangorPersatuan Penduduk Taman Ixora telah mengemukakan Permohonan Pembinaan Surau kepada Jabatan Agama Islam Selangor di atas tanah Lot PT1803 / HS(D) 13125 di mukim Dengkil daerah Sepang Selangor.
3 MEI 2010Kelulusan Pembinaan Surau oleh Jabatan Agama Islam SelangorJabatan Agama Islam Selangor meluluskan cadangan pembinaan Surau Balai Islam Taman Ixora melalui surat Bil. (10) dlm. JAI.SEL.BPM/01/030/5
5 APR 2011Permohonan Kelulusan Pelan Pembinaan Surau kepada Majlis Perbandaran Sepang
6 JUL 2011Kelulusan Pelan oleh Majlis Perbandaran Sepang
24 JUL 2011Majlis Pecah TanahMajlis Pecah Tanah di tapak Surau Balai Islam Taman Ixora dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shamsuddin Hayroni (Pengerusi Eksekutif Getrahome Sdn. Bhd.)
10 OGO 2011Permohonan Penentuan Arah Kiblat kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor
18 OGO 2011Penentuan Arah Kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor
19 OGO 2011Sijil Pengesahan Arah Kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri SelangorSijil Pengesahan arah kiblat oleh Jabatan Mufti negeri Selangor diperolehi dengan no. siri SPAQ NO: 15/8:152/2011 seperti berikut:

Latitut: 02° 48′ 58″ U
Longitut: 101° 43′ 36″ T
Arah Kiblat: 289° 41′ 00″
SEDANG DIKEMASKINI